Info Paras Air Sungai Di Kedah Terkini

4 11 2010

Info ini sangat berguna khususnya ketika musim hujan ini. Info ini dikemaskini dari masa ke semasa oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

KLIK DI SINI INFO 1 dan INFO 2





Here’s How I Make $900 From Surveys!

27 09 2012






Info Banjir

2 11 2010

Beberapa kawasan di Kedah telah mengalami banjir yang mengakibatkan beberapa jalan utama dan jalan kampung ditutup sejak 1 November 2010.  Berikut adalah petikan maklumat daripada Utusan Malaysia bertarikh 2 November 2010 sehingga 6.41 petang tadi:

1. Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

2. Seramai 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.

3. Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang.

4. Di Padang Terap antara yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.





Majlis Graduasi Prasekolah

18 10 2010

Majlis Graduasi Prasekolah akan diadakan pada hari ini di Dewan Tertutup SKKN. Aturcara majlis bermula dengan ketibaan waris pada 9.30 pagi dan akan diserikan dengan persembahan murid Prasekolah, penyampaian sijil penghargaan AJK Waris, sesi penyampaian hadiah dan jamuan makan. Prasekolah pada tahun ini berjaya mencapai beberapa kejayaan manis antaranya Johan Pertandingan Mewarna (peringkat sekolah), Johan Pertandingan Pakaian Beragam (peringkat sekolah) dan Johan dalam aktiviti Karnival Cerdas Minda (peringkat daerah).





Jamuan Aidilfitri SK Kuala Nerang

1 10 2010

Pada 30 September 2010





Warga SKKN mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6 semoga berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan

21 09 2010





Selamat Hari Raya Aidilfitri

9 09 2010

Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung weblog SK Kuala Nerang. Setelah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, esok kita akan menyambut Hari Raya dengan penuh keinsafan diiringi kegembiraan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Semoga segala persiapan dan persediaan untuk Aidilfitri berjalan lancar tanpa ada pembaziran. Hati-hati juga semasa dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing atau ketika sibuk kunjung mengunjung. Semoga perayaan yang disambut ketika cuti sekolah ini membawa seribu pengertian, kebahagiaan dan membawa keberkatan dalam erti kata sebenar. Maaf Zahir dan Batin








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.