Schoolnet SKKN Gagal Berfungsi

11 03 2010

Agak lama tidak mengemaskini kandungan blog SKKN. Sejak 2 minggu ini internet sekolah (Schoolnet) gagal berfungsi dengan baik berikutan cuaca yang tidak baik disusuli petir pada 2 minggu yang lalu ketika saya mengadakan satu kelas membina laman blog di makmal sekolah. Router telah mengalami kerosakan akibat panahan petir. Laporan telah dibuat kepada pihak GITN bagi mengatasi masalah tersebut dan digantikan dengan router baru selang beberapa hari kemudian. Namun menurut Juruteknik Komputer SKKN, router baru ini tidak tahan panas atau mampu berfungsi dalam jangka masa panjang berbanding router sebelum ini. Dakwaan ini betul kerana router ini hanya mampu bertahan beberapa jam, kemudian perlu dipadamkan seketika untuk menyejukkannya. Berbanding dengan router lama sebelum ini yang pada kiraan saya sangat tahan panas jika tidak ditutup selama lebih satu minggu sekalipun. Saya tidak pasti jika ini adalah disebabkan setting dalaman (default) pada router tersebut yang menyebabkan router itu tidak boleh berfungsi lama atau ada perkara lain yang tidak diketahui.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: