Info SKKN

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang telah ditubuhkan pada tahun 1927 dengan nama asalnya Sekolah Melayu Kuala Nerang. Sekolah ini merupakan sekolah kedua yang didirikan oleh pemerintahan Inggeris di daerah Padang Terap yang mana bangunan asalnya dipengaruhi oleh senibina Inggeris. Pada masa itu, hanya ada satu bangunan dengan 6 bilik darjah sahaja dengan lebih kurang 200 orang pelajar. Awalnya, sekolah ini diasaskan di Kampung Padang Terap dan dipindahkan ke lokasi sekarang sejak tahun 1927 kerana perpindahan pusat pentadbiran daerah Padang Terap ke Kuala Nerang.

 

 

Maklumat Am Sekolah

Nama Sekolah: SK Kuala Nerang

Alamat Sekolah: Jalan Pegawai, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

Kod Sekolah: KBA 7002

No. Pusat: KE 001

PPD: Padang Terap

PKG: Kuala Nerang

Gred Sekolah: A

 

 

Visi

SK Kuala Nerang akan menjadi antara 3 buah sekolah yang terbaik di daerah Padang Terap pada tahun 2010

 

 

Misi

Memberi pendidikan kepada murid-murid SK Kuala Nerang melalui perlaksanaan program-program Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum yang terancang dan berkesan

 

 

Moto

Belajar Berbakti

====================================================

 

Lagu Sekolah

Berikrar janji dikota

Cogan kata belajar berbakti

Merah biru warna lambangnya

Tanda berani suci berseri

 

Berusaha diiringi doa

Pesanan guru kukuh di hati

Tersemat lima rukun Negara

Harum nama sekolah kami

 

Ibarat kata-kata pujangga

Perjuangan baru bermula

Di sini kita sama berusaha

SKKN terus berjaya

 

SKKN gagah gemilang

SKKN terus cemerlang

Bersama membina mercutanda




%d bloggers like this: